Wednesday, April 6, 2011

KUALA KANGSAR

Gambar ini diambil pada bulan Febuari 2011



Rumah ini terletak di sebelah Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Dipercayai harta pusaka kerabat di Raja Perak. Tiada maklumat terperinci diperolehi. Rumah ini tiada penghuni dan terbiar usang. Rumah ini adalah rumah Melayu Perak yang mempunyai senibina yang amat menarik sekali. Teman cuba mendekati rumah ini pada waktu petang lebih kurang jam 5 pm ternyata amat menyeramkan. Tiada orang disekeliling. Oleh kerana ingin menjelajah, teman memberanikan diri. Setelah bertanya kepada jiran berdekatan, dengat khabarnya rumah ini telah dibeli oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, katanya.





Di bawah ini pula sebuah lagi rumah orang Melayu Perak. Rumah ini amat cantik dan dijaga dengan rapi. Juga terletak di sebelah Masjid Ubudiah dan berada di belakang rumah usang di atas.





Sedang teman dan isteri bergambar di halaman rumah ini, tiba2 penghuni rumah, seorang Pakcik membuka pintu dan menegur kami berdua. Dengan merasa malu kami memberi salam dan memohon maaf kerana mengambil gambar tanpa kebenaran. Kami memberitahu Pakcik yang kami amat meminati rekabentuk rumah ini, lantas beliau menjemput kami berdua naik ke atas memasuki rumah beliau. Apa lagi pucuk dicita ulam mendatang..kami pun terus naik ke dalam rumah Pakcik ini.




Nama Pakcik ni ialah Meor Ahmad. Beliau tinggal bersama isterinya sahaja dan berumur lebih kurang dalam 70 tahun tetapi masih sihat. Beliau amat peramah dan suka bersembang..maklumlah orang Perak.


Gambar ini Pakcik Meor sedang menunjukan gambar familinya. Tak disangka2 rupanya menantu Pakcik ni sepupu teman. Nak dijadikan cerita anak lelaki bongsu Pakcik ni member teman. Apa lagi bersoreh sakan ler kami....


Pak Meor ni amat rapat dengan Almarhum Sultan Idris dan ini gambar koleksi beliau yang masih disimpan. Apa lagi...teman pun bedek ler Pakcik Meor ni...agak2nya dapat ke teman gambor Almarhum Sultan Idris ni?????....

1 comment: