Tuesday, May 10, 2011

MAKAM HANG TUAH

"TAK MELAYU HULANG DI DUNIA"


Itulah ungkapan Pahlawan Melayu Melaka Hang Tuah. Gambar ini dirakamkan pada 1hb Mei 2011. Makam Hang Tuah ini terletak di Jalan Lama Balik Bukit menghala ke Sungai Udang di sekitar Pantai Klebang, Melaka. Betul ke Hang Tuah disemadikan di sini? Itulah persoalan teman.






Teman sempat bertanya persoalan tersebut drp orang yg tinggal di sekitar makam ini. Beliau menyebut, makam ini bukanlah makam Hang Tuah yg sebenar tetapi seorang India Muslim. Yang teman tahu, Hang Tuah ghaib bersama orang bunian dan akan kembali apabila keris Taming Sari timbul kembali. Akan tetapi, Makam ini telah diiktiraf oleh pihak Muzium sebagai Makam Hang Tuah. Mungkin kajian pihak Muzium ada kebenarannya sebab tanpa fakta yg sahih, takkan lah pihak Muzium mengiktiraf Makam ini. Setiap yg hidup pasti akan mati, begitu juga dengan Hang Tuah, cuma diceritakan bahawa kematian Hang Tuah tidak dinobatkan oleh Baginda Sultan ketika itu.






Jarak di antara batu nisan adalah lebih kurang 10 meter. Adakah Hang Tuah setinggi ini? ataupun hanya batu nisan shj dijarakkan sedemikian?





Di sekeliling makam ini di paparkan juga cerita cerita mengenai Hang Tuah yg umumnya sudah mengetahui.














Apa pun makam ini amat menarik untuk dikunjungi dan mitos ini diceritakan kepada anak anak akan datang.


































No comments:

Post a Comment