Sunday, July 24, 2011

SINGAPURA


OH  SINGAPURA


Jelajah teman kali ini bersama kawan2, Faizal, Meor, Eljis Wan, Azmi dan Hamdan (Wang Segget JB) dan jurukamera yg didatangi khas dari JB Ms Lia  ke negeri seberang tambak Johor, Singapura. Kami bertolak dari KL pada hari Jumaat 22 Jul jam 3pm dan tiba di JB jam 7pm. Setelah check in hotel, kami semua terus masuk Singapura dan terus ke Mustafa Centre untuk makan Nasi Biryani. Ehmmmm........





Pada keesokan harinya Sabtu 23 Jul kami semua berkunjung ke Studio Jalan Ampas, Studio Perfileman milik Shaw Brothers. Bangunan ini menyimpan pelbagai sejarah filem melayu pada sekitar tahun 1950an dan 1960an. Tidak lagi digunakan dan dipagar sekelilingnya.



Bangunan ini sedang dibaik pulih dan tidak diketahui apa projeknya.





Inilah jambatan dan sungai dlm filem Madu Tiga, di mana P Ramlee terjun sungai kerana dikejar oleh 3 isterinya.





Lebih kurang jam 2pm kami terus ke National Museum, akan tetapi agak hampa tidak dapat memasuki kerana ada acara sedang berlansung. Kemudian kami terus ke Raffels Hotel dan di sini ada muzium kecil dan amat menarik sekali. Di sini kamera tidak dibenarkan, akan tetapi dapat ler juga ambil sikit gambar.



Paper Poster Federated Malay States Railways asal berada di sini. Di Malaysia ???


Lebih kurang jam 3pm kami ke ke Mint Toy Museum yg terletak berhampiran. Di sini juga kami tidak dapat memasuki kerana kerja kerja upgrading sedang dijalankan.



Teman sedang berbincang dgn Richard Tan, Pengurus Muzium ini. Di bawah muzium ini ada sebuah cafe. Enamel sign.......!!! Kami dibenarkan merakam gambar tetapi tidak dibenarkan menggunakan flash kamera kerana dikhuatiri akan menjejaskan kualiti sign ini. Perghhhhh... Jom tengok.



















Setelah puas lebih kurang jam 4pm kami bergegas ke Kg Glam, Arab Street sebab lapar sangat....

Masjid Sultan



Setelah perkena murtabak singapura kami terus melawat mini muzium ini. Jom tengok.

























Puas beb....!


Lebih kurang jam 5.30pm kami bergegas pula ke salah sebuah Antique Shop


Ni dia Taukeh kedai ni, Mr Micheal. Mr Micheal ni very friendly tapi susah nak bagi discount. Lepas tu lebih kurang jam 6.30pm kami bergegas pula ke Sungei Road, lebih kurang mcm Lorong Kulit Penang dan Memory Lane Ipoh. Agak terlewat dan kebanyakan peniaga kaki lima ini sudah nak balik.



Lepas tu lebih kurang jam 8pm kami semua ke Night Safari. Teman nak bagi tau, Night Safari di Taiping perlu banyak belajar di sini bagaimana nak uruskan zoo bertaraf dunia.


Apa hal Faizal ni..nak dibedalnya si Meor ni..ni mesti kes dah habis duit ni sebab banyak sangat borong. Borong apa ye....

Aiik..terselit juga enamel sign..bijak sungguh pengurusan zoo ni..





Setelah sehari suntuk di Singapura lebih kurang 1.00am, Ahad kami pulang ke tanahair. Terasa amat puas dapat jelajah singapura tetapi agak terkilan kerana hajat ingin ke National Museum dan Toy Museum tidak kesampaian. pastinya kami akan datang lagi.............Tetapi yg pastinya jelajah kami ini menyimpan seribu kenangan. Terimakasih kpd Azmi, Hamdan dan Lia kerana bersusah payah bersama kami sepanjang 2 hari dan anda adalah terbaik..

4 comments:

  1. sama2..bila lagi ipoh station mau display enamel sign mcm kat museum cafe tu??gereek seh..haha

    ReplyDelete
  2. dah jalan jalan baru dapat idea....akan d ciplak kelak...he he he, tq bro best...

    ReplyDelete
  3. Best giler!! Tak tahan teman nengok botol-botol dalam gerai kecik tu! heh!

    ReplyDelete
  4. Mike punya botoi pun teman tak nengok lagi. Mcm mana botoi yg teman tempah kat mike tu?

    ReplyDelete