Monday, March 5, 2012

Ben's Toys Museum & Antiques Shop

Pada hari Khamis lalu, 1hb Mac 2012, Teman dan Isteri, Mior, Faizal dan Rahmat berpakat untuk berkunjung ke Ben's Vintage Toys Museum di No. 55, Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Museum ini adalah kepunyaan Ben Ariffin. Hari inilah hari yg pertama museum ini dibuka kepada orang ramai. Museum ini dibuka jam 11.00am hingga 7.00pm. Kami tiba di Pulau Pinang jam 9.30am dan terus menuju ke Lorong Kulit dahulu, sementara menanti museum dibuka pd orang ramai.


 Faizal : "Mior kamu tengok parang ni ada tulis Merdeka..."





 Nombor rumah porcelain, no rumah teman


Tak banyak diperolehi, adalah sikit sikit buah tangan di bawa balik. Lebih kurang 2 jam kami berada di situ, kami terus ke Ben's Toys Museum. Kami tiba di sini lebih kurang jam 12.00 tengahari. Kami telah mencatitkan sejarah. Kumpulan kami adalah yg pertama mengunjungi museum ini. Tiket utk dewasa RM 10.00 manakala kanak2 RM 6.00. Nombor tiket Teman No.1, isteri Teman No.2, Faizal No.3, Mior No.4 dan Rahmat No.5.

SELAMAT DATANG KE BEN'S VINTAGE TOYS MUSEUM









 Memang banyak koleksi toys di sini. Susunannya teratur dan amat menarik sekali
















 Bergambar kenang kenangan bersama pemilik museum ini


Memang puas melihat koleksi sebegini. Tahniah kepada Ben dan semuga berjaya. InsyaAllah ada kelapangan kami pasti akan datang lagi. Sebelum bersantap, sempat lagi kami menjelajah ke kedai antik berhampiran.

Sedang berjalan2, terserempak dengan Tan Taiping dengan basikal posmannya ketika dia hendak melintas jalan.



Kami singgah di sebuah kedai basikal lama yg mempamerkan barang2 antik tetapi tidak dijual.

 Ni basikal BSA, yg digunakan oleh tentera British dahulu. Harga RM 10K pun tak jual.

 Ni dia tokey nya.

Yg ni je dapat bawa balik, papan display poster wayang. Kemudian kami singgah satu lagi kedai antik di hadapan. Kedai dia tutup dan kami terpaksa tetefon owner dia untuk bukakan kedai. Bila dia sampai, kami tengok orangnya badan besar, rambut panjang, tatoo penuh badan. "Alamak, jgn main2
Faizal, silap2 naya kita ni. Apa2 hal aku cabut dulu. Tapi sebenarnya owner dia punya lah baik dan very2 friendly. 


Aha, teman dapat cawan kopitiam 'Lifeguard' sebiji je..



Perut pun dah mula berkeronchong, kami singgah makan nasi kandar di sebelah Masjid Kapitan Keling.


Selepas itu kami menuju ke kedai kepunyaan En Anuar Ibrahim di Bangunan MARA yg terletak berhampiran.





Bergambar kenang kenangan bersama En Anuar. Terakhir sebelum pulang kami singgah di Kedai GP Tan. Kedai ini pernah teman siarkan pd siri jelajah yg lepas.



Jelajah kali ini memang seronok dan menghiburkan. Mior kata tak puas dan nak repeat. Jumpa lagi pada jelajah seterusnya nanti.

3 comments:

  1. Wah! Seronok mike berjalan tengok barang lama! Best! Tahniah Ben kerana berjaya bukak Muzium toys!

    ReplyDelete
  2. salam ziarah tuan.salam perkenalan.selamat maju jaya utk semua peminat antik

    ReplyDelete
  3. Bro Mgt, mengembara ni mmg seronok. Nostalgia, welcome to the antique world

    ReplyDelete