Wednesday, July 4, 2012

KILAUAN EMAS 2 (REHEARSAL) - ASTRO PRIMA

Semalam  Selasa 3hb Julai 2012 jam 8.00pm berlansungnya rehearsal rancangan realiti TV Kilauan Emas 2 Astro Prima. 

Gambar di bawah menunjukkan tempat berlansungnya acara tersebut iaitu di salah satu Dewan di Bukit Jalil.

Teman dan rakan2 dipanggil untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut. Kami ditugaskan untuk membawa bintang2 Veteran menaiki kereta vintage kami dan menurunkan mereka di pintu masuk Dewan ini. Semalam kami berlatih berberapa kali untuk slot acara ini.


MG Midget 1962


Jaguar MK2 1961

Sunbeam Alpine 1962

Datsun Fairlady 1963

Tak sangka bertemu dgn Bro Megat Presiden Botologi Malaya yg sedang bertugas di situ.

Berbincang dgn Jacklyn Victor yg turut mengambil bahagian

Jacklyn Victor berminat dgn kereta teman ni. Dia suruh cari satu untuk dia.



Rozita dgn Sunbeam Alpine miliknya


Suasana di Pentas semasa rehearsal berlansung

Datuk Jeffrydin sedang menyampaikan lagu



Datuk Jeffrydin dan Ana Raffali semasa berlatih

Pengacara Kak Engku

Salah seorang Juri Proffessional Juliza Adlizan

Penyanyi Atilia

Sahri AF 1 di belakang pentas

Menjamu selera bersama kawan kawan yg mengambil bahagian

Suasana Pentas semasa rehearsal.  Malam ini tepat jam 9.00 pm di Astro Prima (105) akan berlansungnya Final Kilauan Emas 2. Jom kita saksikan beramai2.


Wednesday, June 27, 2012

Pelancaran Buku Saloma

Pelancaran Buku Pertama Saloma yg diadakan pada 23hb Jun 2012 jam 9.00pm di Bistro Saloma, Jalan Ampang Kuala Lumpur telah berjaya diadakan dengan penuh gilang gemilang dan warna warni. Buku ini ditulis dan diolah oleh Seniman Ahmad Fauzee yg juga sahabat baik teman. Tetamu khas Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir meluangkan masa hadir untuk melancarkan buku ini. Turut hadir adalah Seniman dan Seniwati Veteren Tanah Air, Ahli Perniagaan dan Korporat serta kenalan dan orang ramai. Buku ini adalah yang pertama seumpama ini mengandungi 500 mukasurat. Harga jualan adalah RM 289.00 senaskah. Bagi yg ingin mengenali Biduan Negara ini dengan lebih dekat, maklumat yg ada dalam buku ini teramatlah lengkap.



Ruang dewan dengan dekorasi yg sungguh menarik


Buku Saloma diserahkan kepada Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir untuk dilancarkan kepada umum

Dari kiri: Datuk Mustapha Maarof, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Mariani dan Ahmad Fauzee


Acara nyanyian lagu2 Saloma







Seniwati Sofiah Ibrahim turut hadir. Sempat juga teman dapatkan tandatangan beliau pd gambar yg teman bawa.


Seniwati Datin Umi Kalsom

Datin sempat beritahu teman " lain nya Datin dulu"



serta Seniman Datuk Mustapha Maarof 

Gambar ini ketika beliau berumur 18 tahun. Datuk minta pd teman gambar ini untuk simpanan beliau.

Gambar2 di atas teman bawa untuk ditandatangani dan teman hadiahkan kepada Seniman dan Seniwati yg hadir. Gambar Seniwati Sarimah, Latifah Omar, Rosnani Jamil, Tan Sri Jins Shamsuddin pun teman bawa tetapi sayangnya mereka tidak dapat hadir kerana keuzuran.

Antara rakan2 seperjuangan dari Ipoh yg hadir, Faizal, Tajul dan Mior

Rakan2 seangkatan dari Kuala Lumpur, Ah Ming dan Hanif

Datin Umi Kalsom dan Mama Norlia Ghani

Seniwati Sofiah Ibrahim

Datuk Rahim Maarof dan Kuswadinata

Bersama Ayu Cendana (Isteri kepada Ahmad Fauzee)

Gigil teman kena peluk dgn Seniwati Sofiah Ibrahim dan Ayu Cendana


Seniwati Mariani (Kakak Saloma) sedang menandatangani buku Saloma teman.


Bersama Rozita (anak Mariani)

Teman sempat bergambar dgn Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir. Dalam ucapan pembukaan oleh Ahmad Fauzee, ada yg bertanya "tak takut ke jemput pembangkang kerajaan ke majlis ini?" Jawap beliau Tan Sri adalah orang yg bertanggungjawab memberi idea menubuhkan Bistro Saloma ini dan tak kan lah hendak lancar buku pun nak kira itu semua. Ada jasa beliau dulu yg perlu dihargai.


Bersama Pelakon Amiza Adnan

Bersama Melissa Saila (anak Mariani)


Isteri teman bersama isteri Saiful Rais

Ahmad Fauzee menandatangani Buku Saloma teman. Wa salute lu bro !


Bersama kawan2 seangkatan dr Kuala Lumpur


Satu pose istimewa bersama Penyanyi Halil Chik

Ayu Cendana memberi pose istimewa dekat kereta teman


Satu pose yg menarik pada kereta Austin 8 kepunyaan Saiful Rais



Teman, isteri dan rakan2 seperjuangan mengucapkan syabas kepad Ahmad Fauzee dan Ayu Cendana kerana ketabahan mereka menyiapkan buku ini. Teman tau kerja ni bukan senang tetapi beliau dapat melakukannya. Tahniah dan semuga berjaya. Kini kita tunggu pula pelancaran Ensaiklopedia Film Melayu pertama sebanyak 150 jilid. Teman dh tengok salah satu mock up nya...