Friday, March 25, 2011

Kuala Terengganu

Gambar ini diambil pada tahun 2009
Rumah ini dibina pd sekitar 1920an dan dimiliki oleh YM Tengku Teh Bt Tengku Cik Muda. Rumah ini diberi nama Rumah Tiang Kembar kerana beberapa tiang bahagian di verendah dibina secara berkembar. Tengku Teh mempunyai darah campuran Kerabat Kesultanan Terengganu dan Kesultanan Siak Sri Indraputra. Beliau berkahwin dengan seorang bangsawan Terengganu bernama YM Tengku Sri Bijaya Raja tetapi tidak mempunyai zuriat. Meninggal dunia pd sekitaer 1930an dan rumah ini telah menjadi harta pusaka dan ditadbirkan oleh Penguasa ketika itu Tengku Sri Wangsa Raja.Pada tahun 1952 rumah ini telah diserahkan kepada kerajaan Terengganu untuk ditadbir urus. Rumah ini pernah dijadikan sebagai pejabat kerajaan dan Majlis Bandaran Kuala Terenggan satu ketika dulu. Kini rumah ini telah dibaik pulih dan telah menjadi Warisan Nasional.













Thursday, March 24, 2011

Penang

Rumah ini dimiliki oleh Tengku Baharudin Tengku Meh atau dikenali sebagai Ku Din Ku Meh. Beliau pernah dilantik sebagai Persuruhjaya Tinggi Setul pada 1987 dan kemudian dilantik sebagai Raja Setul, Kedah pada 1902. Beliau adalah ahli perniagaan yang berjaya dan banyak mempelopori perniagaan di antara Pulau Pinang dengan Rangoon. Rumah ini dijadikan pusat perniagaan beliau. Beliau telah diberi gelaran "Phya Phuminath Pakdi" oleh Raja Thai bermaksud "Raja yang Berbakti".
Rumah ini masih cantik dan utuh dan kini dijadikan Homestay. Terletak di Penang Road berhadapan dengan Hotel Malaysia. Sesiapa yang berminat untuk merasai suasana tinggal di rumah ini bolehlah hubungi 04-2628748 untuk tempahan.














Wednesday, March 23, 2011

PARIT

Gambar ini diambil pada bulan Febuari 2011
Pekan Parit adalah sebuah pekan yang kecil dan masih mengekalkan bangunan lama bagi menjalankan aktiviti perniagaan. Tidak banyak bangunan baru di sini.




Apa yang menarik di sini ialah terdapat Menara Jam yang dibina sempena memperingati Hari Kemerdekaan Negara 31hb Ogos 1957 yang terletak di Jalan Besar.






Di Menara Jam ini dipapar satu senarai penderma bagi pembinaan menara ini. Terdapat 25 penderma di antaranya Jawatankuasa Perayaan Kemerdekaan, Perniagaan, Menteri Besar Perak dan orang perseorangan. Jumlah keseluruhan kutipan bagi pembinaan menara ini adalah sekitar RM 4000 - RM 5,000












Monday, March 14, 2011

PHUKET THAILAND

Kali terakhir teman melawat Phuket pada tahun 1994. Masa tu belum kahwin. Teman ambil flight dari Subang Airport. Pada bulan 10hb Febuari 2011 sekali lagi teman melawat Phuket tapi kali ni dengan isteri dan anak2 dengan menaiki Van dari Kangar, Perlis. Bertolak jam 10.00am dan tiba di Phuket jam 6.00pm



Perjalanan agak jauh dan memenatkan tetapi seronok. Berhenti beberapa kali dibeberapa tempat. Di antaranya Krabi, tempat pelancungan yg terkemuka juga.

Tiba di Phuket teman lepak kat budget hotel harga dalam RM 80.00 semalam selama 2 malam. Biasalah hotel di Thailand walaupun murah tapi selesa.

Patong Beach antara pantai yg terkenal di dunia. Peh... memang tempat Mat Saleh berdamparan
Yang ni yang dah sensored, yang unsensored pun banyak tak boleh tunjuk. nak tengok pergi sendiri...

Malam suasana paling meriah. Teman tertarik dengan yg ini..Franchise Mini Bar menggunakan Volkswagen Combi . Teman jumpa ada di dua tempat.

Aiik..ni yg teman jumpa





Yang ni paling best. tengah jalan jalan ternampak segerombolan Paper Dolls beraksi. Apa lagi teman pun rapat ler...


Ambil gambor lepas tu kena paw 200 Baht lebih kurang RM 20.00





Wednesday, March 9, 2011

KEDAH HERITAGE

Gambar-gambar ini diambil pada bulan Januari 2011

Gambar di bawah adalah Balai Rong Seri Istana Kota Setar. Dibina pada tahun 1735 untuk Sultan Muhamad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah, Sultan Kedah yang ke 19 (1710 - 1778). Istana ini diperbuat daraipada kayu cengal dan sehingga ke hari ini masih tahan dan utuh. Istana in pernah mengalami kerosakan disebabkan oleh serangan armada Bugis pada tahun 1770 dan Siam pada tahun 1821.





Di Istana ini sekarang telah dijadikan Muzium DiRaja dan dibuka pada orang ramai. Malangnya tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalamnya. Terdapat banyak koleksi DiRaja yang menarik.





Ini adalah Beca yang digunakan oleh Sultan Abdul Halim dahulu. Dibuat khas untuk baginda kerana tempat duduknya hanya satu.

Teman sedang menandatangani buku pelawat