Thursday, May 26, 2011

SULTAN PERAK KE 13

Sultan Mudzaffar Shah III Ibni Almarhum Raja Mansur adalah Sultan Perak ke 13 (1728 - 1756). Baginda bersemayam di Brahman Indera sekarang dikenali sebagai Bota Kanan. Pd tahun 1742 - 1743 berlaku perebutan kuasa di antara Baginda Sultan dengan Raja Muda, Raja Bisnu yg bersemayam di Pulau Tiga. Sultan Mudzaffar Shah III telah berundur ke Sayong, Kuala Kangsar dan bersemayam di situ. Pd masa ini Negeri perak di perintah oleh 2 Sultan. Tetapi akhirnya sengketa itu dapat ditamatkan secara muafakat. Sultan Mudzaffar kembali menjadi Sultan dan kembali besemayam di Brahman Indera manakala Raja Bisnu kekal sebagai Raja Muda. Baginda mangkat pd tahun 1756. Makam ini telah diwartakan sebagai warisan sejarah oleh pihak Muzium pd 9hn Mac 1978.











Monday, May 16, 2011

MASJID TINGGI BAGAN SERAI

Masjid ini terletak di Bagan Serai, Perak. Bagan Serai adalah merupakan penempatan suku bangsa Banjar yg terbesar di Malaysia sehinggakan terdapat Persatuan Banjar Semenanjung Malaysia berpusat di daerah ini. Tidak syak lagi masjid ini dibina oleh suku kaum tersebut pada sekitar tahun 1890 an. Masjid ini juga telah dirasmikan oleh Paduka Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris Rahmatullah Shah (1918 - 1938) pada tahun 1923. Masjid ini mempunyai rekabentuk yg amat menarik dan telah dibaik pulih oleh pihak Muzium. Masjid ini juga tidak lagi digunakan dan telah dijadikan warisan negara oleh pihak Muzium. Masjid yang baru telah dibina dan terletak di sebelah Masjid Tinggi ini.


Gambar ini telah dirakam pada 15hb May 2011.





























Tuesday, May 10, 2011

MAKAM HANG TUAH

"TAK MELAYU HULANG DI DUNIA"


Itulah ungkapan Pahlawan Melayu Melaka Hang Tuah. Gambar ini dirakamkan pada 1hb Mei 2011. Makam Hang Tuah ini terletak di Jalan Lama Balik Bukit menghala ke Sungai Udang di sekitar Pantai Klebang, Melaka. Betul ke Hang Tuah disemadikan di sini? Itulah persoalan teman.






Teman sempat bertanya persoalan tersebut drp orang yg tinggal di sekitar makam ini. Beliau menyebut, makam ini bukanlah makam Hang Tuah yg sebenar tetapi seorang India Muslim. Yang teman tahu, Hang Tuah ghaib bersama orang bunian dan akan kembali apabila keris Taming Sari timbul kembali. Akan tetapi, Makam ini telah diiktiraf oleh pihak Muzium sebagai Makam Hang Tuah. Mungkin kajian pihak Muzium ada kebenarannya sebab tanpa fakta yg sahih, takkan lah pihak Muzium mengiktiraf Makam ini. Setiap yg hidup pasti akan mati, begitu juga dengan Hang Tuah, cuma diceritakan bahawa kematian Hang Tuah tidak dinobatkan oleh Baginda Sultan ketika itu.






Jarak di antara batu nisan adalah lebih kurang 10 meter. Adakah Hang Tuah setinggi ini? ataupun hanya batu nisan shj dijarakkan sedemikian?





Di sekeliling makam ini di paparkan juga cerita cerita mengenai Hang Tuah yg umumnya sudah mengetahui.














Apa pun makam ini amat menarik untuk dikunjungi dan mitos ini diceritakan kepada anak anak akan datang.


































Saturday, May 7, 2011

ANTIQUE SHOP

Gambar ini dirakamkan pada 29hb Apr 2011. Berikut adalah antara beberapa kedai antik kegemaran teman dan isteri. Galeri 1961 dan Ban Hin terletak di sebelah menyebelah sekitar Penang Road. Setiap kali teman ke Penang pasti singgah di kedua dua kedai ini dan setiap kali singgah ada shj barang yg menarik. Kat sini harga yg teman dapat amat berpatutan.















Bersama pemilik Ms GP


















Kedai bersebelahan










Bersama Mr Joo pemilik Ban Hin












Thursday, May 5, 2011

SHAH BEACH RESORT

Pada Ahad lepas 1hb Mei 2011 cuti hari pekerja, teman sekeluarga ke Melaka bertujuan utk menyaksikan Malaysia Singapore Classic Bike di Bandar Hilir. Ramai kawan2 teman pergi dan ada yg berniaga di sana. Akan tetapi bila smpi di tol Ayer Keroh, jalan punya la jam dan hari juga semakin mendung. Dengar khabar ramai yg dah bersurai. Bagi mengelakkan terperangkap dalam jam, teman divert pergi Pantai Klebang terus ke Shah Beach Resort, bertujuan utk merakamkan kembali gambar koleksi Dato Shah, pemilik Shah Beach Resort yg telah hilang dalam simpanan teman. Atas permintaan, En Khairuddin, pengurus resort ini memberi kebenaran kepada teman. Berikut beberapa koleksi Dato utk dikongsikan bersama. Bahagian hadapan resort ini merupakan bunglow lama yng dijadikan reception dan bahagian atas dijadikan galeri koleksi Dato Shah.










Gambar Dato Shah










Menandatangani buku pelawat



Di Perpustakaannya








Di Anjung mengadap pantai





Bersama Pengurus En Khairuddin




Salah sebuah bilik





Lukisan tangan Masjid Tengkera koleksi Dato













Dining Hall











Gambar Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri




Quran tulisan tangan





Gading Gajah kesukaan Dato





Mangkuk Tingkat





Koleksi Keris