Tuesday, April 19, 2011

SULTAN PERAK KE 10

Jelajah teman kali ini ialah di Makam Almarhum Sultan Muzaffar Shah II iaitu Sultan Perak Ke 10. (1636 -1653) di Lambor Kanan. Pusat pentadbiran Kerajaan Perak ketika itu adalah di Bota. Umum tahu Kesultanan Perak adalah kerajaan yang tertua di Malaysia iaitu bermula pada tahun 1528, apabila Raja Mudzaffar Shah telah lari ke Perak setelah Kesultanan Melaka jatuh ke tangan Portugis. Raja Muzaffar Shah adalah Putera Sulung kepada Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang terakhir.

Nama asal Baginda ialah Raja Sulung iaitu Putera Raja Mahmud Ibni Raja Kasab Siak (sepupu kepada Sultan Iskandar Thani Sultan Acheh). Pada ketika itu Acheh telah menakluki Perak. Baginda telah dihantar merajai Perak oleh Sultan Acheh pada tahun 1636, menggantikan Sultan Sallehuddin yang mangkat di Acheh. Baginda mendirkan tahtanya di Kampung Air Mati, Bota.


Baginda mangkat pada tahun 1653 dan di makamkan di Air Mati, Lambor Kanan. Baginda juga dikenali sebagai Marhum Jalilullah. Makam ini sepatutnya diselenggara dengan baik kerana kesan sejarah yang mendalam. Tidak ramai yang mengetahui atau ingin mengkaji sejarah tanah air sendiri kerana kurangnya pendedahan.

No comments:

Post a Comment