Wednesday, March 21, 2012

Wedding

Pd hari Ahad 11hb Mac 2012 lepas Teman, isteri dan kawan2 menghadiri Majlis Perkahwinan seorang rakan, K.Sri Vijayaentharan di Subang Jaya. Beliau bersama adik dan bapanya merupakan pemilik Krishnan Autocraft. Krishnan Autocraft merupakan bengkel membaiki dan membaik pulih kereta2 vintage. Sesiapa yg mempunyai kereta vintage tetapi mempunyai masaalah dengan mekanik sedia ada atau ingin mencuba sesuatu yg baru, sudah pasti teman recommend bengkel ini. Sebabnya servisnya bagus dan berpatutan. Pasti puas hati. Sekiranya berminat hubungi shj teman ya. jgn risau teman tak ambik komisyen. Teman dan isteri mengucapkan tahniah kepada pengantin. Semuga bahagia hingga ke anak cucu.


Rakan2 yg menjadi pelanggan kepada beliau


Bagi meraikan Majlis Perkahwinan ini, kami berpakat membawa kereta masing2 sebagai tanda sokongan dan sama2 memeriahkan majlis. Kereta Sdr Saiful Austin 8 (1940s) menjadi kereta pengantin.

 Setelah selesai santapan perkahwinan, kami bergambar beramai2. Rozita (Jaguar & Sunbeam Alpine 1960s) dan teman MG Midget (1963)



Jam 11.00pm kami bersurai. Teman balik ke rumah dan bersiap untuk ke Penang. Tepat jam 12.00pm teman dan isteri bertolak ke Penang untuk sekali lagi jelajah ke Pulau Mutiara.

No comments:

Post a Comment