Friday, March 25, 2011

Kuala Terengganu

Gambar ini diambil pada tahun 2009
Rumah ini dibina pd sekitar 1920an dan dimiliki oleh YM Tengku Teh Bt Tengku Cik Muda. Rumah ini diberi nama Rumah Tiang Kembar kerana beberapa tiang bahagian di verendah dibina secara berkembar. Tengku Teh mempunyai darah campuran Kerabat Kesultanan Terengganu dan Kesultanan Siak Sri Indraputra. Beliau berkahwin dengan seorang bangsawan Terengganu bernama YM Tengku Sri Bijaya Raja tetapi tidak mempunyai zuriat. Meninggal dunia pd sekitaer 1930an dan rumah ini telah menjadi harta pusaka dan ditadbirkan oleh Penguasa ketika itu Tengku Sri Wangsa Raja.Pada tahun 1952 rumah ini telah diserahkan kepada kerajaan Terengganu untuk ditadbir urus. Rumah ini pernah dijadikan sebagai pejabat kerajaan dan Majlis Bandaran Kuala Terenggan satu ketika dulu. Kini rumah ini telah dibaik pulih dan telah menjadi Warisan Nasional.













No comments:

Post a Comment