Wednesday, March 23, 2011

PARIT

Gambar ini diambil pada bulan Febuari 2011
Pekan Parit adalah sebuah pekan yang kecil dan masih mengekalkan bangunan lama bagi menjalankan aktiviti perniagaan. Tidak banyak bangunan baru di sini.




Apa yang menarik di sini ialah terdapat Menara Jam yang dibina sempena memperingati Hari Kemerdekaan Negara 31hb Ogos 1957 yang terletak di Jalan Besar.






Di Menara Jam ini dipapar satu senarai penderma bagi pembinaan menara ini. Terdapat 25 penderma di antaranya Jawatankuasa Perayaan Kemerdekaan, Perniagaan, Menteri Besar Perak dan orang perseorangan. Jumlah keseluruhan kutipan bagi pembinaan menara ini adalah sekitar RM 4000 - RM 5,000












No comments:

Post a Comment